Monday, June 29, 2009

Menyemah Gelanggang Manik Urai

Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Kali ini di pantai timur pula. Di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Manek Urai. Barangkali di sinilah tempat kalungan manik yang dipakai Cik Siti Wan Kembang terurai.

Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?

Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.

Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.

Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.

Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.

Sebagai pembela negara, BPN membawa cuma satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.

Di situlah bermulanya perjuangan kami.


Cheguman,
TYDP II BPN

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP