Monday, July 13, 2009

Projek bekalan air GFS bukti kesungguhan Kerajaan Pusat - Utusan


13/07/2009 10:16pm

KUALA KRAI 13 Julai - Penaiktarafan projek bekalan air tandak (GFS) dengan perbelanjaan RM150,000 membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan meningkatkan kualiti air, terutama kepada masyarakat Kg. Bukit Budu, Manik Urai, di sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek itu memberi faedah kepada 400 penduduk di 80 buah rumah.

“Menyedari hakikat bahawa bekalan air bersih yang selamat adalah penting dan menjadi asas kepada peningkatan kualiti hidup, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek bekalan air GFS, yang merupakan satu daripada komponen projek Rancangan Malaysia Ke-9 bagi negeri Kelantan,” katanya. - Bernama

Read more...

Sunday, July 12, 2009

Pas Bukan Parti Islam

PAS yang kononnya membawa Islam pada nama parti mereka bersikap bertentangan dengan apa yang Quran sendiri sarankan kepada pencinta Islam sebenar!

Nizar
: Dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorandum ker perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan nak melaksanakan Negara Islam?

Husam: No hudud without consent of KeADILan and DAP..


Pas bukan Parti Islam.Pas ialah Parti Pendendam dan tidak ada rahmah antara saudara sesama agama mereka!

PAS parti yang suka berkawan dengan Syaitan tetapi Allah berfirman:
4:119:- Dan barang siapa yang mengambil syaitan menjadi pelindung selain Allah, sesungguhnya rugilah dia, rugi yang senyata-nyata.

Saya semakin hari semakin tak faham dengan sikap dan cara PAS.Kononnya nak perjuangkan Islam. Kononnya UMNO harus bertaubat dan meminta maaf kepada PAS. Tapi kenapa DAP yang terang2 menghina Islam dan penubuhan negara Islam serta menentang pengishtiharaan Malaysia sebagai negara Islam tidak pernah diminta untuk meminta maaf kepada orang Islam di malaysia oleh PAS ???
Wah betapa 'double standardnya' PAS dalam memperjuangkan Islam.

Orang2 UMNO yang percaya kepada Allah dan memperakui kenabian Rasulullah SAW dilayan dengan kasar dan kurang ajar seperti 'anjing kurap' ...Tetapi DAP yang bertuhankan 'kesyirikan' serta menolak kenabian Rasulullah SAW dilayan seperti 'bidadari syurga'!!!!!

PAS berpelukan dengan DAP dan bekerjasama dengan DAP/PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kerajaan yang telah banyak menyediakan kemudahan dalam pendidikan islam, kewangan islam, perkahwinan islam , peruntukan khas dana kerajaan untuk kemajuan agama Islam di Malaysia etc etc etc.


MARILAH KITA BERSATU DAN RAPATKAN SAF KITA KEMBALI WAHAI KAUM MELAYU YANG BERSYARIATKAN AGAMA ISLAM DEMI KESEJAHTERAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..

Rahman,Ahchong,Muniandy

Read more...

Manek Urai : Apakah jawapan UMNO/BN kali ini ?

Parti Pas sudah mempunyai jawapan jika parti tersebut menang atau kalah di pilihanraya kecil Manek Urai. Tentunya Pas telah membuat kerja rumah yang sangat awal untuk menjawap segala kemungkinan-kemungkinan akibat pilihanraya kecil ini.

Parti Pas membuat andaian bahawa Pas mungkin kalah jika pengundi luar kawasan Manek Urai tidak balik mengundi dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kiraan tersebut adalah berdasarkan jumlah 2,000 pengundi (25 % daripada total pengundi Manek Urai) yang berada di luar kawasan Manek Urai dan 70% daripadanya didakwa menyokong Pas dalam PRU-12 yang lepas. 700 orang berada di Kuala Lumpur.

Satu laporan dari web pro-Pas mendakwa bahawa pengundi-pengundi luar tersebut telah pulang ke kwasan masing-masing pada PRU-12 dengan bantuan UMNO tetapi mereka kemudiannya menyokong parti Pas. Seperti yang penulis katakan, pihak Pas juga telah menyediakan jawapan-jawapan jika mereka kalah atau pun menang :-

1) PAS akan menang dengan majoriti yang rendah.

“Jika ini berlaku, saya yakin, Umno akan berkata mereka menang dan sokongan pengundi sudah datang kepada Umno balik,” katanya
(Abdul Fatah Harun)

2) Kemungkinan PAS akan kalah.

Ini berikutan dari langkah Umno yang menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. UMNO didakwa menggunakan agensi kerajaan seperti polis, guru, Risda, Jabatan Kesihatan dan SPR untuk menang di dalam pilihanraya kecil nanti.


Dakwaan pengarah operasi pilihanraya Pas Manek Urai tersebut amat berat dan kepimpinan UMNO/BN perlu bertindak sesuatu terhadap segala dakwaan tersebut. Realitinya, segala dakwaan tersebut dapat mewujudkan perasaan kurang senang pengundi-pengundi Manek Urai serta mengaburi mereka daripada tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengubah Manek Urai menjadi kawasan yang membangun dan dibanggakan.

Parti Pas cuba mengalih pandangan pengundi-pengundi daripada membandingkan kemampuan sebenar calon-calon pilihanraya. Manakala pandangan sengket Nik Aziz yang mengatakan bahawa pendidikan tidak diperlukan oleh ADUN kawasan Manek Urai merupakan satu penghinaan kepada penduduk di Manek Urai seolah-olah mereka itu tidak pandai dan lemah pelajaran mereka!

Penulis tidak tahu apa lagi yang mahu dicelotehkan oleh Nik Aziz selepas ini. Semestinya beliau akan mengeluarkan 'fatwa-fatwa' yang lebih pedas dan tidak logik sehinggalah ke hari pengundian nanti. Ianya semata-mata untuk memastikan calon Pas menang biarpun calon tersebut tidak mungkin akan mampu bertugas sebagai ADUN yang berjaya dan berkaliber!

Dalam masa yang sama, tindakan pihak Pas menyediakan jawapan-jawapan tersebut merupakan mode operandi yang menarik untuk diperhatikan dan dinilai. Dari sudut politik, ianya diandaikan seperti'saving thier own butt' dan memberi muka kepada parti tersebut jika parti itu kalah kali ini.

Tindakan mereka itu juga mewujudkan senario di mana parti UMNO/BN meniru jawapan mereka jika parti UMNO/BN kalah di Manek Urai iaitu 'biar pun UMNO/BN kalah, undi kepada Pas telah menurun'!

Apakah lagi jawapan UMNO/BN kali ini sama ada menang atau pun kalah jika jawapannya telah disediakan oleh parti Pas?

Dr Novandri Hasan Basri
Ketua Penerangan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Read more...

PRK Manek Urai : Promosi lapuk tanda PAS tidak pentingkan Manek Urai


Kempen semakin hangat di Manek Urai. PAS telah memulakan kempen dengan mempertahankan Nik Aziz dengan bersungguh-sungguh. Husam dalam ceramahnya begitu mengagung-agungkan Nik Aziz, seolah-olah Nik Aziz adalah seorang yang maksum dan tidak boleh ditegur mahupun disentuh. Husam malah mencabar UMNO dan BN menyerang Nik Aziz. “Seranglah,” katanya “kita lebih suka Tok Guru diserang kerana bila rakyat marah, rakyat akan beri undi kepada PAS.”

Walaupun mulut kata berani, namun nampaknya PAS takut juga sekiranya rakyat memberi kemenangan kepada BN. Lebih-lebih lagi jika rakyat mulai sedar bahawa selama 20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, beliau nampaknya gagal untuk memainkan peranan sebagai pemerintah yang efektif dan membawa pembangunan dan kemakmuran.

Akibat takut, jentera PAS cuba meraih simpati rakyat dengan menghebahkan pula kononnya Nik Aziz akan meletak jawatan jika PAS kalah di Manek Urai. Bagi meraih simpati rakyat, PAS terus menggunakan strategi lapuk dengan menampal poster lama gambar Nik Aziz sedang berdoa. Khabarnya poster ini ditampal dan digantung lebih banyak berbanding poster gambar Puji Ikan, seolah-olah calon tidak penting; yang penting jika bersimpati dengan Nik Aziz, undilah PAS.

Promosi poster lapuk doa Nik Aziz adalah segala-galanya bagi jentera PAS. Bagi mereka, doa Nik Aziz lebih utama daripada usaha dan kerja kuat, sedangkan kita semua tahun Allah SWT berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri.

Bagi menutup kelemahan Nik Aziz dalam mentadbir negeri, jentera PAS menggambarkan seolah-olah rakyat Kelantan tidak mahukan pembangunan. Mungkin itulah sebabnya walaupun kawasan balak sudah hampir gondol, namun tidak nampak pembangunan yang ketara di Kelantan. Hairannya Hadi menuntut pula royakti minyak diberikan ke Kelantan. Untuk apa dan siapa, jika rakyat Kelantan tidak memerlukan pembangunan dan kemakmuran material?

20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, namun tidak nampak kemajuan yang begitu ketara. Rakyat Kelantan yang kononnya tidak mahukan pembangunan, berpusu-pusu keluar dari negeri Kelantan, bukan sahaja untuk mencari nafkah, tetapi ramai yang mencari kekayaan di luar negeri Kelantan.

Begitulah di Manek Urai. Kerusi Manek Urai bukan satu kerusi yang penting bagi PAS. Ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Mungkin disebabkan itu PAS tidak begitu mengambil berat tentang kebolehan dan tahap pendidikan calon untuk membangunkan Manek Urai. Sedangkan bagi BN, Manek Urai amat penting. Disebabkan itu BN memilih calon yang bukan sahaja berpendidikan, mesra rakyat dan berkebolehan, malah merupakan seorang yang telah menabur jasa yang banyak dalam membangunkan Manek Urai.

Seperti yang kita semua tahu, kerusi ini tidak penting bagi PAS. Pengundi Manek Urai, ambillah ruang ini untuk memberi peluang kepada anak Kelantan bernama Tuan Aziz Tuan Mat membuktikan dirinya. Jika prestasinya tidak bagus, tolak lah dia tiga tahun lagi. Berilah dia peluang untuk membawa sinar baru kepada rakyat Manek Urai. Ambillah peluang ini untuk membuktikan bahawa rakyat Manek Urai inginkan pembangunan yang telah dinafikan sepanjang tempoh 20 tahun ini.

Tun Faisal Ismail bin Aziz
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Pakatan Rapuh Pakatan Retak

BH 01/07: DAP tidak tolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat Kedah kerana tidak puas hati dengan cara Pas menangani isu rakyat bukan Melayu: Thomas Su

BH 01/07: DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak puas hati tindakan MBAS roboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya petang tadi.

BH 01/07: MB Kedah serah kepada DAP Pusat tentukan keputusan keluar Pakatan Rakyat dan bidas DAP Kedah putar belit isu pusat sembelih babi.

Read more...

Jelas hj hadi pandai berceramah tidak pandai berhikmah!

Umno gagal jadi model perpaduan - hadi

Kuala Lumpur 30 jun - selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan
ditolak oleh pakatan pembangkang, presiden pas, datuk seri hadi awang
kini menyalahkan umno pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi
model perpaduan di kalangan orang melayu dan rakyat negara ini.

Katanya, umno tidak mungkin akan menjadikan islam sebagai sumber
perpaduan orang melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima
baik cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Orang islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.


"Perpaduan umat islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi umno
gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana
pakatan pembangkang di sini malam ini.

Beliau mendakwa umno tidak menggunakan al-quran sebagai rujukan bagi
mewujudkan perpaduan.

Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak barisan nasional
(bn) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.

Sementara itu, penasihat parti keadilan rakyat (pkr), datuk seri anwar
ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang
diusahakan oleh kerajaan bn demi kepentingan rakyat malaysia sendiri.

Beliau terus mendakwa kerajaan bn hanya mengggunakan wang rakyat untuk
melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan
jambatan kedua pulau pinang demi kepentingan politik.

Dakwanya, konsep 1malaysia yang dianjurkan kerajaan bn masih belum
jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang
adalah lebih baik.

Sumber berita :utusan malaysia



soalan saya: perpaduan berasaskan apa yang dibina dalam pakatan rakyat?

Bukankah ia banyak menyentuh isu sensitif yang boleh mengeruhkan
persepsi antara kaum di negara kita?

Jelas hj hadi pakar berceramah namun gagal dalam mengawal amarahnya
hingga tunduk kepada pandangan parti yang lebih lemah dari pas bernama
pkr dan dap.

--
Sent from my mobile device

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Majlis nak kumpul 100 ribu dihadiri hanya 5 ribu - tanda Pakatan Rakyat akan berkubur ??

Kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin tertinggi parti itu di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Foto THE STAR Oleh: BRIAN MOH.

Penyokong Pakatan Rakyat yang hadir menunggu untuk mendengar amanat daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini malam tadi diadakan tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS manakala pemimpin-pemimpinnya pula tidak menyentuh isu idea kerajaan perpaduan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.



Acara yang diadakan untuk 'merayakan' kejayaan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan menarik kehadiran sekitar 5,000 hadirin.



Ia berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Kelana Jaya dekat sini.



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, yang dijadual untuk turut menyampaikan ceramah bagi menyentuh idea kerajaan perpaduan juga tidak hadir.



Beliau sebelum ini menolak keras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat dianjurkan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh selepas dikatakan berpecah - buat pertama kali - ekoran isu kontroversi kerajaan perpaduan.



Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan pada 22 Jun lalu.



Pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu ialah Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.



Hadi yang menjadi pencetus idea pembentukan kerajaan perpaduan itu juga tidak menyentuh mengenai perkara tersebut dalam ucapannya. Sebaliknya beliau hanya menyentuh mengenai kepentingan ikatan Pakatan Rayat untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka sebagai persediaan kepada matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara.

"Pakatan Rakyat perlu menjadi satu pakatan yang matang untuk mentadbir negara.

"Kita perlu perkukuhkan perpaduan sesama kita kerana BN (Barisan Nasional)adalah sebuah parti yang semakin uzur," kata beliau.



Jelas beliau, PAS sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam amat mengutamakan perpaduan di kalangan umatnya namun tetap mengutamakan kesaksamaan kepada bukan Islam.


"Sebagai umat Islam kita perlu menunjukkan model perpaduan kerana Islam mengajar erti perpaduan dan seterusnya menegakkan kesaksamaan.

"Walaupn orang itu musuh kita, tetapi Islam menuntut kita untuk berlaku adil kepada mereka.

"Malam ini membuktikan kejayaan yang besar dan kita berharap ia dapat memberi isyarat bahawa rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya lagi.


Dalam pada itu, Anwar pula menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bersatu dan memiliki pendirian yang sama dalam banyak perkara.


"Kita bersatu dan memiliki pendirian yang sama terutamanya dalam isu menuntut agar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dimansuhkan.

"Pendirian kita jelas berhubung isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi," katanya.


Penasihat PKR itu juga menyentuh mengenai isu rasuah terutamanya yang didakwa melibatkan pemimpin Umno dan BN.


"Kita menolak pemimpin Umno-BN yang mengamalkan rasuah sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.


"Konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk (Seri Mohd) Najib (Tun Razak) tidak bermakna jika masih ada rakyat yang teranianya akibat amalan rasuah," katanya.




Komen : Kenapa hanya 5 ribu saja datang ? Kenapa majoriti penyokong PAS datang ? Mana Cina Mana India ?


Nampaknya kesudian Hj Hadi meneruskan Pakatan Rakyat akan memakan PAS kerana jelas kekuatan PAS digunakan untuk menghidupkan nyawa PKR dan DAP...


Siapa ada nampak bendera PKR atau DAP di Manik Urai ? Jika ada berikan gambar kepada saya.

Read more...

Fitnah Terhadap Tuan Aziz Calon kita di Manik Urai

Seperti yang telah diketahui ramai calon-calon yang bertanding untuk mewakili pihat BN dan PAS telahpun diumumkan. Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon BN dan tauke ikan tersohor Fauzi Abdullah mewakili PAS. Seperti juga yang telahpun diagak perang saraf terhadap kedua-dua calon ini telahpun bermula dalam dunia maya.

Saya sendiri adalah anak jati Kuala Krai. Semasa meluangkan masa selama 4 hari di Manek Urai dua minggu yang lepas kedua-dua nama ini menjadi sebutan ramai sebagai calon yang paling layak mewakili parti masing-masing untuk bertanding.

Fauzi Abdullah sendiri bagi saya adalah calon pilihan tepat PAS, penjual ikan tersohor yang sememangnya telahpun dikenali ramai. Tiada apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Fauzi kerana jika saya menulis berdasarkan cakap-cakap orang tanpa sebarang bukti nyata, maka itu adalah fitnah belaka.

Begitu juga dengan Tuan Aziz, telahpun ada kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadap beliau seperti yang ditulis dalam laman webSatu Malaysia. Adakah fitnah ini dilemparkan berdasarkan bukti yang nyata. Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.



Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah

Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca.


Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar

Setahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.


Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran

Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.


Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai

Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail.
Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga meminta beberapa cawangan memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian supaya nanti Salihin cukup bilangan pencalonan. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.


Kesimpulan:

Perlembagaan menuntut parti-parti yang bertanding supaya berlawan secara demokrasi. Tetapi tidak pula tertulis bahawa demi demokrasi parti-parti berlawan mestilah menabur fitnah untuk mewujudkan perasaan saling membenci. Tambahan pula teramatlah hina jika fitnah itu dilemparkan oleh pendokong-pendokong parti yang memperjuangkan agama Islam, kerana Islam tidak meminta umatnya saling membenci, tetapi saling menyayangi.

Oleh kerana kedua-kedua calon tersebut adalah pilihan terbaik parti, maka sesiapa yang menang sememangnya akan membawa kebaikan kepada penduduk Manek Urai sendiri. Dengan itu tidak perlulah memfitnah atau menceritakan keaiban sesama manusia, sama ada dari pihak PAS. atau UMNO.

Wassalam.


Read more...

Berhala Wat Siam di Kelantan bawah Nik Aziz !

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.


Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.


Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.



ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.



ARTIKEL INI SAYA TEMUI DI FACEBOOK ABE RAMLY OTAI

SEBELUM SAYA SALIN KEMBALI DARI BLOG ASALNYA DI SINI :


HARAP KITA SEBARKAN UNTUK SEDARKAN RAKYAT TENTANG PAS SEBENAR...




























Anda mungkin juga meminati:

Read more...

Monday, June 29, 2009

Menyemah Gelanggang Manik Urai

Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Kali ini di pantai timur pula. Di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Manek Urai. Barangkali di sinilah tempat kalungan manik yang dipakai Cik Siti Wan Kembang terurai.

Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?

Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.

Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.

Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.

Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.

Sebagai pembela negara, BPN membawa cuma satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.

Di situlah bermulanya perjuangan kami.


Cheguman,
TYDP II BPN

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP