Monday, July 13, 2009

Projek bekalan air GFS bukti kesungguhan Kerajaan Pusat - Utusan



13/07/2009 10:16pm

KUALA KRAI 13 Julai - Penaiktarafan projek bekalan air tandak (GFS) dengan perbelanjaan RM150,000 membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan meningkatkan kualiti air, terutama kepada masyarakat Kg. Bukit Budu, Manik Urai, di sini..
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek itu memberi faedah kepada 400 penduduk di 80 buah rumah.
“Menyedari hakikat bahawa bekalan air bersih yang selamat adalah penting dan menjadi asas kepada peningkatan kualiti hidup, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek bekalan air GFS, yang merupakan satu daripada komponen projek Rancangan Malaysia Ke-9 bagi negeri Kelantan,” katanya. - Bernama

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP